25 Feb 2012

Lawak pekerja: makan oren

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL.

Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kahwin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang. Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin.

Namun depa berdua ni masih tinggal di rumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih takde 'privacy' langsung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kahwin di situ.

Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Memang tader 'privacy' langsunglah lebih-lebih lagi depa nih baru berkahwin. Cuba korang semua bayangkan camana tuh.

Memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak boleh kuat-kuat. Lepas tu nak gerak gerak pun tak boleh lasak sangat. Ya la, dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lebih-lebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak.


24 Feb 2012

lawak antarabangsa: pelancong asing yang sengal

Al kisah pada satu hari ada seorang pelancong asing menaiki sebuah teksi. Dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu teksi

"Shaya mau two round" kata pelancong tu

 "ya..ya..ya.." jawab pemandu teksi dengan confidentnya.

2 minit kemudian, pelancong asing tu sekali lagi berkata

"Shaya mau two round " dengan pelat englishnya.

Lalu pemandu taxi itupun membawa beliau mengelilingi bandar itu bagi memenuhi kehendaknya. Tiba tiba pelancung tadi terkencing dalam kereta. Pemandu taxi sangat marah

"U must tell me first before U fuckin piss in my car" kata pemandu.

"Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya" jawab pelancong.

18 Feb 2012

Lawak binatang:

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing.

Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya.

Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah.