31 Jan 2012

Lawak antarabangsa: rasuah di Indonesia

Tersebutlah kisah di depan pintu gerbang sebuah syurga, ramai manusia yang sedang menunggu untuk diadili oleh tuhan. Sambil menunggu, salah seorang pemuda Indonesia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke depan pintu gerbang syurga itu pun mengambil peluang untuk meninjau kawasan sekitar bersama beberapa orang rakan barunya.

Sampai di hujung tembok mata mereka terpaku oleh himpunan ratusan jam dinding besar yang digantung di tembok syurga, dengan setiap satunya ditandai bendera negara yang ada di dunia. Semua terpaku, kehairanan kerana setiap satu daripada jam besar tersebut berputar mengikut kelajuan yang berbeza.

Melihatkan keganjilan pada putaran jam itu, salah seorang daripada mereka pun lantas bertanya kepada malaikat yang berada di tepi, Orang Filipina: “malaikat, kenapa putaran jam yang ada di sini berbeza-beza?” 

Malaikat: “Oh… sebenarnya kecepatan putaran itu adalah berdasarkan jumlah rasuah di negara anda. Semakin cepat ianya berputar, maka semakin besarlah tingkat rasuah di dalam negara anda”

 Orang Filipina: “oo gitu… (sambil berbisik-bisik kepada yang lain) Sah… memang benar kata orang, si estrada tu kaki rasuah. Tu jam di atas jadi bukti…”

Lawak Pak Pandir: lawak Pak Pandir: sebelum makan, baca doa dulu

Di suatu malam yang hening… Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka.

Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

”Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.

 Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali.

Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang. Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”.

“Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!"

 Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…

Lawak keluarga: suami yang pengecut

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

 Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?” Amat:

“Ya betul…” Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”

 Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”

 Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”

 Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”

 Pian: “@#$!%^&%”

30 Jan 2012

Lawak keluarga: Nenek tua yang pelupa

Seorang nenek tua yang rugged berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.

Pada suatu hari rakan-rakannya pun datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek yang bernama Nek Tijah itu berkata “Nanti dulu”.

 Selang beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi sama seperti jawapan tadi, Nek Tijah itu tetap berkata “Nanti dulu”.

 Kerana bosan menunggu akhirnya mereka bertanya “bila kami boleh melihat bayi engkau ni Tijah..?”

 “Bila dia menangis” jawab Nek Tijah.

Mendengar jawapan Nek Tijah, kawan-kawannya pun menyoal ia kembali “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?”

 Selambe dia jawab “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Lawak bengang: dilarang ketawa

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga-tiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dengan sepenuh hati supaya dibebaskan.

 Oleh kerana mereka merayu dengan bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.

 ”Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.

 Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan yang dimaksudkan dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya,

” Sumbatkan buah tersebut ke dalam bontotnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan ke dalam punggung lelaki malang tersebut.

29 Jan 2012

Lawak bengang: Rasa nak muntah

Di dalam sebuah bas yang bergerak 20 KM sejam, duduk seorang pemuda dan seorang nenek.

Si nenek sambil mengerutkan kening sedang asyik memicit-micit kepalanya.

 “Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

 “Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

 “Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

 Pemuda itu terkejut tapi sebentar kemudian tersenyum manis, “Boleh nek, tapi kenapa?”

 Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat nak.”

Lawak bengang: Memadam api menggunakan pemadam api sama seperti bom tangan

Beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dengan begitu berminat sekali.

 “Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan” pegawai itu menerangkan.

“kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan buihnya” terang pegawai itu lebih lanjut.

 Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk membuat demonstrasi cara mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

 Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya,

“Ingat!, seperti bom tangan”.

Lawak bengang: Rizal yang insaf

Kerana sudah bosan bergelumang dengan dosa dan berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.

Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu. Tiba-tiba, seorang pakcik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikan dua keping duit kertas yang berjumlah RM200 kepada Rizal.

Rizal tersenyum, dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pakcik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pakcik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu “Encik”, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi”.

28 Jan 2012

Lawak peniaga: lawak Pak Ahmad

Pak Ahmad merupakan pemilik sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota. Dipendekkan cerita perniagaannya selama ini memang laris dan tip-top sehinggalah sebuah pasar raya baru dibuka bersebelahan kedai barunya.

Malahan pengunjung lebih tertarik dengan pasar raya baru yang baru dibuka itu dan berpusu-pusu masuk ke dalamnya berikutan kewujudan papan tanda besar di hadapan pasar raya tersebut yang berbunyi

“HARGA JIMAT SEPANJANG MASA”

Dua hari kemudian, sebuah lagi kedai serbaneka dibuka berhampiran pusat membeli-belah Pak Ahmad. Kali ini di sebelah kanannya pula. Dengan papan tanda besar “MACAM-MACAM ADA”, sekali lagi pembeli berpusu-pusu membeli di kedai baru tersebut.

“Sudah… Kalau diteruskan begini, boleh jatuh miskin aku. Ini tak boleh jadi!” kata Pak Ahmad dalam hati.

Lalu beliau mula memikirkan cara untuk menarik perhatian pengunjung kedua-dua pesaingnya itu. 5 jam kemudian dia tersenyum sendiri kerana berjaya mencari jalan penyelesaiannya.

Besoknya, awal-awal pagi lagi Pak Ahmad menaikkan papan tanda besar di hadapan kedainya, papan tanda itu berbunyi “PINTU MASUK KEDUA-DUA KEDAI DISINI”

Lawak keluarga: panggilan sayang untuk isteri

Pada suatu hari Kamal diundang oleh kawannya Mizal untuk makan malam di rumahnya. Beliau amat ‘terkesima’ setiap kali Mizal memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang… Manis… Cintaku… Sayangku…Kasihku… dan seumpamanya.

Tidak tahan mendengarnya, Kamal lalu memujinya dan berkata, “Romantis sekali kamu berdua, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata sayang itu.”

Mizal mengangkat bahu dan seraya berbisik, “shuh… sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu.”


Lawak kota: pengalaman menyeberang jalan

Seorang lelaki tua berjalan kaki menuju ke pasar. Untuk menjimatkan masa perjalanan, lelaki tua tersebut tidak menggunakan jejambat khas untuk pejalan kaki seperti biasa, sebaliknya beliau berjalan terus di atas jalan raya yang sedang sibuk.

Sewaktu hendak menyeberangi jalan raya, tiba-tiba sebuah teksi yang bergerak dengan laju hampir melanggarnya. Apa lagi mengamuklah si pemandu teksi di dalam kereta tu sambil berteriak kearahnya.

“Banyak cantik muka pakcik! Kalau mahu melintas jalan, pakailah mata. Kalau tak mahu pakai, buang. Nasib baiklah aku sudah berpengalaman 10 tahun memandu, kalau tak confirm jadi arwah!”

Pakcik tua yang tersinggung itu pun tidak mahu mengalah dan dengan pantas menjawab bebelan pemandu teksi.

Lawak bengang: harta pusaka nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang semula ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek harap kamu boleh menyambung mengusahakan kebun nenek yang semakin maju itu…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi dalam kebun itu, ternakan, villa, traktor dan juga tanah adalah untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa untuk menyiram tiap-tiap hari tanaman nenek. Itulah satu-satunya harta peninggalan nenek”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi di mana kebun nenek? Kenapa selama ini Rahmat tidak pernah tahu?”

Lawak 18sx: cerita pemandu teksi yang miang

Seorang pemandu teksi yang sedang membawa kenderaannya untuk mencari penumpang terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas jambatan.

Melihatkan gadis tersebut, maka ia pun menghentikan teksinya dan turun bertanya : “Cik, apa yg sedang kamu lakukan ?”

Jawab si Gadis :”saya ingin membunuh diri”

Mendengarkan jawapan daripada gadis tersebut, si pemandu teksi pun terfikir untuk mengambil kesempatan keatasnya seraya berkata :”kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yg terakhir sebagai kenang-kenangan”

Si gadis lalu menciumnya dengan penuh kesyahduan. Setelah ciuman berakhir, si pemandu teksi dengan wajah berseri-seri berkata: “sayangnya!!… mengapa kamu ingin membunuh diri? Mukamu sangat cantik dan ciumanmu pula begitu panas dan mengghairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gilakan dengan ciumanmu ini”

Lawak budak: budak kecil pun dah tahu pasal seks

Kalau nak tahu, 20 tahun dulu budak-budak kampung tak pandai main cinta-cinta. Nak berkawan dengan kawan sesama jenis pun tak berani. Tapi sekarang nie lain pula ceritanya. Budak tadika pun dah tahu macam mana main masak-masak. Siap ada ibu dan ayah.
Dan yang terbaru, tengoklah aksi kanak-kanak romeo zaman millenium nie…

Lawak materiel: solusi terakhir untuk mengelakkan selipar dan basikal anda dicuri

Basikal dan selipar anda selalu menjadi mangsa kecurian? Ingin mengetahui solusi terakhir yang menjamin keselamatan kedua-dua barang berharga tersebut? Apa kata anda ikuti tips dan petua di bawah.

Kami jamin selipar dan basikal anda tidak akan hilang lagi selepas ini!! 100%

Lawak kampus: hampir menjadi mangsa rogol

Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
Kawan Mangsa: ” ishh ngerinya…”
… …
Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”

Kawan Mangsa: “saspen nih”

Lawak pelajar: itu bukan alasannya

Pada suatu hari, dengan wajah merah padam, Puan Lenny menyerbu masuk ke pejabat Guru Besar sekolah anaknya.
“Saya ingin tahu” kata Puan Lenny sambil mengetap giginya yang sedikit kekuningan, “Mengapa anak saya Susie, mendapat markah 0 untuk ujian Bahasa Melayunya?!”

“Bertenang dulu puan, tenang” kata Guru Besar. “Biar kita tanya terlebih dahulu cikgu yang mengajarnya. Dia tentu mempunyai alasan untuk itu.”

Beberapa minit kemudian datanglah cikgu Bahasa Melayu yang mengajar anaknya.
Dengan pantas Puan Lenny bertanya kepada cikgu BM tersebut “Cikgu, apasal anak saya mendapat markah 0 untuk ujian BM?” sambil menunjukkan kedua-dua penumbuknya.

Lawak tenat: Begini caranya memasukkan data ke dalam otak


Okey guys, begini caranya untuk upload semua data ke dalam kepala hotak secara terus. Dipercayai dengan menggunakan cara ini, data tak akan terbuang ke tempat lain lagi.