29 Jan 2012

Lawak bengang: Rasa nak muntah

Di dalam sebuah bas yang bergerak 20 KM sejam, duduk seorang pemuda dan seorang nenek.

Si nenek sambil mengerutkan kening sedang asyik memicit-micit kepalanya.

 “Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

 “Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

 “Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

 Pemuda itu terkejut tapi sebentar kemudian tersenyum manis, “Boleh nek, tapi kenapa?”

 Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat nak.”

Lawak bengang: Memadam api menggunakan pemadam api sama seperti bom tangan

Beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dengan begitu berminat sekali.

 “Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan” pegawai itu menerangkan.

“kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan buihnya” terang pegawai itu lebih lanjut.

 Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk membuat demonstrasi cara mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

 Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya,

“Ingat!, seperti bom tangan”.

Lawak bengang: Rizal yang insaf

Kerana sudah bosan bergelumang dengan dosa dan berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.

Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu. Tiba-tiba, seorang pakcik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikan dua keping duit kertas yang berjumlah RM200 kepada Rizal.

Rizal tersenyum, dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pakcik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pakcik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu “Encik”, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi”.