31 Jan 2012

Lawak antarabangsa: rasuah di Indonesia

Tersebutlah kisah di depan pintu gerbang sebuah syurga, ramai manusia yang sedang menunggu untuk diadili oleh tuhan. Sambil menunggu, salah seorang pemuda Indonesia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke depan pintu gerbang syurga itu pun mengambil peluang untuk meninjau kawasan sekitar bersama beberapa orang rakan barunya.

Sampai di hujung tembok mata mereka terpaku oleh himpunan ratusan jam dinding besar yang digantung di tembok syurga, dengan setiap satunya ditandai bendera negara yang ada di dunia. Semua terpaku, kehairanan kerana setiap satu daripada jam besar tersebut berputar mengikut kelajuan yang berbeza.

Melihatkan keganjilan pada putaran jam itu, salah seorang daripada mereka pun lantas bertanya kepada malaikat yang berada di tepi, Orang Filipina: “malaikat, kenapa putaran jam yang ada di sini berbeza-beza?” 

Malaikat: “Oh… sebenarnya kecepatan putaran itu adalah berdasarkan jumlah rasuah di negara anda. Semakin cepat ianya berputar, maka semakin besarlah tingkat rasuah di dalam negara anda”

 Orang Filipina: “oo gitu… (sambil berbisik-bisik kepada yang lain) Sah… memang benar kata orang, si estrada tu kaki rasuah. Tu jam di atas jadi bukti…”

Lawak Pak Pandir: lawak Pak Pandir: sebelum makan, baca doa dulu

Di suatu malam yang hening… Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka.

Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

”Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.

 Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali.

Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang. Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”.

“Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!"

 Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…

Lawak keluarga: suami yang pengecut

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

 Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?” Amat:

“Ya betul…” Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”

 Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”

 Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”

 Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”

 Pian: “@#$!%^&%”