28 Jan 2012

Lawak peniaga: lawak Pak Ahmad

Pak Ahmad merupakan pemilik sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota. Dipendekkan cerita perniagaannya selama ini memang laris dan tip-top sehinggalah sebuah pasar raya baru dibuka bersebelahan kedai barunya.

Malahan pengunjung lebih tertarik dengan pasar raya baru yang baru dibuka itu dan berpusu-pusu masuk ke dalamnya berikutan kewujudan papan tanda besar di hadapan pasar raya tersebut yang berbunyi

“HARGA JIMAT SEPANJANG MASA”

Dua hari kemudian, sebuah lagi kedai serbaneka dibuka berhampiran pusat membeli-belah Pak Ahmad. Kali ini di sebelah kanannya pula. Dengan papan tanda besar “MACAM-MACAM ADA”, sekali lagi pembeli berpusu-pusu membeli di kedai baru tersebut.

“Sudah… Kalau diteruskan begini, boleh jatuh miskin aku. Ini tak boleh jadi!” kata Pak Ahmad dalam hati.

Lalu beliau mula memikirkan cara untuk menarik perhatian pengunjung kedua-dua pesaingnya itu. 5 jam kemudian dia tersenyum sendiri kerana berjaya mencari jalan penyelesaiannya.

Besoknya, awal-awal pagi lagi Pak Ahmad menaikkan papan tanda besar di hadapan kedainya, papan tanda itu berbunyi “PINTU MASUK KEDUA-DUA KEDAI DISINI”

Lawak keluarga: panggilan sayang untuk isteri

Pada suatu hari Kamal diundang oleh kawannya Mizal untuk makan malam di rumahnya. Beliau amat ‘terkesima’ setiap kali Mizal memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang… Manis… Cintaku… Sayangku…Kasihku… dan seumpamanya.

Tidak tahan mendengarnya, Kamal lalu memujinya dan berkata, “Romantis sekali kamu berdua, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata sayang itu.”

Mizal mengangkat bahu dan seraya berbisik, “shuh… sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu.”


Lawak kota: pengalaman menyeberang jalan

Seorang lelaki tua berjalan kaki menuju ke pasar. Untuk menjimatkan masa perjalanan, lelaki tua tersebut tidak menggunakan jejambat khas untuk pejalan kaki seperti biasa, sebaliknya beliau berjalan terus di atas jalan raya yang sedang sibuk.

Sewaktu hendak menyeberangi jalan raya, tiba-tiba sebuah teksi yang bergerak dengan laju hampir melanggarnya. Apa lagi mengamuklah si pemandu teksi di dalam kereta tu sambil berteriak kearahnya.

“Banyak cantik muka pakcik! Kalau mahu melintas jalan, pakailah mata. Kalau tak mahu pakai, buang. Nasib baiklah aku sudah berpengalaman 10 tahun memandu, kalau tak confirm jadi arwah!”

Pakcik tua yang tersinggung itu pun tidak mahu mengalah dan dengan pantas menjawab bebelan pemandu teksi.

Lawak bengang: harta pusaka nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang semula ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek harap kamu boleh menyambung mengusahakan kebun nenek yang semakin maju itu…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi dalam kebun itu, ternakan, villa, traktor dan juga tanah adalah untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa untuk menyiram tiap-tiap hari tanaman nenek. Itulah satu-satunya harta peninggalan nenek”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi di mana kebun nenek? Kenapa selama ini Rahmat tidak pernah tahu?”

Lawak 18sx: cerita pemandu teksi yang miang

Seorang pemandu teksi yang sedang membawa kenderaannya untuk mencari penumpang terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas jambatan.

Melihatkan gadis tersebut, maka ia pun menghentikan teksinya dan turun bertanya : “Cik, apa yg sedang kamu lakukan ?”

Jawab si Gadis :”saya ingin membunuh diri”

Mendengarkan jawapan daripada gadis tersebut, si pemandu teksi pun terfikir untuk mengambil kesempatan keatasnya seraya berkata :”kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yg terakhir sebagai kenang-kenangan”

Si gadis lalu menciumnya dengan penuh kesyahduan. Setelah ciuman berakhir, si pemandu teksi dengan wajah berseri-seri berkata: “sayangnya!!… mengapa kamu ingin membunuh diri? Mukamu sangat cantik dan ciumanmu pula begitu panas dan mengghairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gilakan dengan ciumanmu ini”

Lawak budak: budak kecil pun dah tahu pasal seks

Kalau nak tahu, 20 tahun dulu budak-budak kampung tak pandai main cinta-cinta. Nak berkawan dengan kawan sesama jenis pun tak berani. Tapi sekarang nie lain pula ceritanya. Budak tadika pun dah tahu macam mana main masak-masak. Siap ada ibu dan ayah.
Dan yang terbaru, tengoklah aksi kanak-kanak romeo zaman millenium nie…

Lawak materiel: solusi terakhir untuk mengelakkan selipar dan basikal anda dicuri

Basikal dan selipar anda selalu menjadi mangsa kecurian? Ingin mengetahui solusi terakhir yang menjamin keselamatan kedua-dua barang berharga tersebut? Apa kata anda ikuti tips dan petua di bawah.

Kami jamin selipar dan basikal anda tidak akan hilang lagi selepas ini!! 100%

Lawak kampus: hampir menjadi mangsa rogol

Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
Kawan Mangsa: ” ishh ngerinya…”
… …
Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”

Kawan Mangsa: “saspen nih”

Lawak pelajar: itu bukan alasannya

Pada suatu hari, dengan wajah merah padam, Puan Lenny menyerbu masuk ke pejabat Guru Besar sekolah anaknya.
“Saya ingin tahu” kata Puan Lenny sambil mengetap giginya yang sedikit kekuningan, “Mengapa anak saya Susie, mendapat markah 0 untuk ujian Bahasa Melayunya?!”

“Bertenang dulu puan, tenang” kata Guru Besar. “Biar kita tanya terlebih dahulu cikgu yang mengajarnya. Dia tentu mempunyai alasan untuk itu.”

Beberapa minit kemudian datanglah cikgu Bahasa Melayu yang mengajar anaknya.
Dengan pantas Puan Lenny bertanya kepada cikgu BM tersebut “Cikgu, apasal anak saya mendapat markah 0 untuk ujian BM?” sambil menunjukkan kedua-dua penumbuknya.

Lawak tenat: Begini caranya memasukkan data ke dalam otak


Okey guys, begini caranya untuk upload semua data ke dalam kepala hotak secara terus. Dipercayai dengan menggunakan cara ini, data tak akan terbuang ke tempat lain lagi.