25 Feb 2012

Lawak pekerja: makan oren

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL.

Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kahwin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang. Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin.

Namun depa berdua ni masih tinggal di rumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih takde 'privacy' langsung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kahwin di situ.

Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Memang tader 'privacy' langsunglah lebih-lebih lagi depa nih baru berkahwin. Cuba korang semua bayangkan camana tuh.

Memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak boleh kuat-kuat. Lepas tu nak gerak gerak pun tak boleh lasak sangat. Ya la, dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lebih-lebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak.


24 Feb 2012

lawak antarabangsa: pelancong asing yang sengal

Al kisah pada satu hari ada seorang pelancong asing menaiki sebuah teksi. Dalam perjalanan dia berkata kepada pemandu teksi

"Shaya mau two round" kata pelancong tu

 "ya..ya..ya.." jawab pemandu teksi dengan confidentnya.

2 minit kemudian, pelancong asing tu sekali lagi berkata

"Shaya mau two round " dengan pelat englishnya.

Lalu pemandu taxi itupun membawa beliau mengelilingi bandar itu bagi memenuhi kehendaknya. Tiba tiba pelancung tadi terkencing dalam kereta. Pemandu taxi sangat marah

"U must tell me first before U fuckin piss in my car" kata pemandu.

"Shaya sudah bilang shaya mau two round, shaya mau two round tapi kau tidak kasi two round sama shaya" jawab pelancong.

18 Feb 2012

Lawak binatang:

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing.

Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya.

Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah.


17 Feb 2012

Lawak budak: tinggal dalam kotak

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

 "Atok buat apa tu?"

 "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya.

 Cucunya bertanya lagi,

 "Kenapa bangang sangat kawan atok tu, takde ke tempat duduk lain selain daripada tong merah tu?"

11 Feb 2012

Lawak kampus: kaki siapa?

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah.

Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu dengan kuat.

Dummmm!!!!

Melihat keadaan itu, pensyarah di dalam dewan marah dengan berkata.

"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!!"

 Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata:

"Nie kaki saya, Cuba encik teka!! siapa nama saya?"

10 Feb 2012

Lawak kampus:

Hari pertama mendaftarkan diri di sebuah kolej, Dekan dengan tegasnya menyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Daripada peraturan semasa belajar sehinggalah sampai kepada peraturan tentang asrama. Kata beliau

"Asrama Putri adalah kawasan larangan buat mahasiswa, dan Asrama Putra adalah kawasan larangan untuk mahasiswi. Barang sesiapa yang didapati melanggarnya akan dikenakan denda RM.50.00, Bagi yang ditangkap kerana kesalahan sama sebanyak dua kali, dendanya RM100.00 -. Kalau kali yang tiga, didenda RM180.00,-. Faham! Ada apa-apa pertanyaan?" tegasnya.

"Ada Tuan" salah seorang mahasiswa lelaki berkata sambil mengangkat tangan kidalnya,

"Berapa yang saya mesti bayar, untuk tinggal di Asrama Putri selama satu semester?"

Lawak Pak Pandir: makan di McD

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa..

Maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an di tepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.

 Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air...Bagi air coke yer...

Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

9 Feb 2012

Lawak bodoh: tak takut bini

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

 Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

 Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

 Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

 Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

 Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

 Lelaki: Tuanku lah kemari.

Lawak Pak Pandir: Pak Pandir dan doktor

Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.

 Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?

Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.

 Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?

 Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia? 

Pak Pandir: Mmmm susahnya...Tukar soalan lain boleh doktor?

Doktor: ???

8 Feb 2012

Lawak bengang: awek pemilih

Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Mamat terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur awek tu.

Awek tu pun menyahut,

"Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW."

Punyalah bengang Mamat tu. Mulai hari tu Mamat pun belajar rajin2 sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW. Pada suatu hari Mamat terjumpa balik awek yang hina dia tu.

Mamat : Hai, kenal I lagi?

Awek cun : Tak ingat lah.

Mamat : Alla, dulu I ngorat u tapi u sombong. U dah kawin ke.

Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)

Mamat : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?

Awek cun : Apa nak buat, yg ngorat I semua pakai motor buruk, I kebas je le mana yang ada.

Mamat : Padan muka. Hehehe

Lawak bodoh: kisah pesakit kronik

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian,seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah,dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.

Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:

"United Kingdom..."

 Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:

7 Feb 2012

Lawak 18sx: budak dalam seluar ni, tak boleh

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

 “Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”.

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok tersebut, tiba-tiba wanita itu berkata,

“Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”.

 Lelaki itu pun dengan tersipu2 membuang puntung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu.

Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula?

Lawak antarabangsa: askar negara mana yang berani

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing-masing jeneral memerintahkan salah seorang Askarnya untuk mengikuti arahannya.

 Jeneral Jepun : Askar maju sini

Askar Jepun : Siap Jeneral

Jeneral Jepun : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu

Askar Jepun : Siap Jeneral

 Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga mengatakan,

 Jeneral Jepun : Lihat Askar saya sangat berani dan bersiap sedia untuk mati.

Lawak bangang: wasiat

Abu Jahal adalah seorang yang sangat kaya, beliau mempunyai perusahaan yang sangat besar. Tapi malangnya beliau tak begitu fasih Bahasa Inggeris kerana PPSMI telah dibatalkan.

Pada satu hari beliau berasa tak sedap badan. Terasa macam ada satu perkara buruk akan berlaku padanya. Maka, beliau pergilah berjumpa dengan seorang tukang tilik bernama Abu Lahab.

Abu lahab pun menilik tangan Abu Jahal, kalau mengikut tapak tangan kiri tuan, tuan boleh hidup lebih kurang 20 tahun lagi, tetapi kalau ikut tapak tangan kanan tuan, tuan cuma boleh hidup dalam seminggu sahaja lagi.

Pelik juga, macam boleh jadi macam tu? Tanya Abu Jahal.

Tuan ni kidal ke? Biasanya orang kidal memang macam ni..jawab AbuLahab.

6 Feb 2012

Lawak bengang: pencuri dan polis

Suatu hari, disebuah penjara, telah diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalahan mencuri dan menyeluk saku.

Ketika waktu rehat, pihak polis telah mendahului dengan 3-0. Jurulatih pasukan banduan telah marah-marah..

Jurulatih : Bodoh, takkan lawan pihak polis pun x boleh?! Takkan kamu semua cuma tahu mencuri dan menyeluk saku saja?

Pemain : Kalau macam tu, lepas ni kita semua akan main secara kasar. Janji kita boleh hasilkan gol dan menang.

Jurulatih : Mana boleh main macam tu?

Pemain : Tak apa. saya jamin, pengadil takkan bagi kita kad kuning atau kad merah

Jurulatih : kenapa pula?

Pemain : Kerana, aku baru sahaja mencuri kesemua kad kepunyaan pengadil termasuk wiselnya sekali.

Lawak kampus: hadiah harijadi

Mamat mempunyai seorang room mate yang paling beliau benci. Kerana teramat benci, pada tahun lepas beliau menghadiahkan sebiji batu nisan yang tertera namanya kepada room mate nya itu.

Pada tahun ini pula,Mamat tidak memberikan apa-apa hadiah kepada room mate nya itu lagi. Si room mate tanpa segan silu bertanya.

"Mat, tahun ni mane hadiah aku? Ko tak bagi lagi kan?"

Selamber je room mate nya itu meminta hadiah darinya.

Dengan muke selamber jugak, si mamat menjawab.

"Aku malas nak bagi, hadiah tahun lepas yang aku bagi pun ko belum gune kan?"

5 Feb 2012

Lawak bengang: hasil kajian seorang Proffesor

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut

"LOMPAT!"

kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut

"LOMPAT!"

Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut

"LOMPAT!"

Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran.

Lawak 18sx: Penyiasat

Tiga orang anak kembar yang masih berada di dalam perut ibu mereka berasa boring dan memulakan perbualan sesama mereka.

 anak 1: korang berdua bila besar nanti nak jadi apa.

 anak 2 : aku bila besar nanti nak jadi pegawai tnb. sebab nanti boleh aku pasang lampu dalam perut ibu kita, gelap sangat laaaa. apa pun tak nampak.

 anak 3 : aku lak nak jadi pegawai PBA (perbadanan bekalan air) supaya nanti leh aku buat paip salurkan air yang banyak kat sini kluar.sian ibu kita.banyak air dalam perut.

 anak 2 : yang ko tue tanya kita. ko tue lak nak jadi apa

 anak 1: aku nak jadi penyiasat. aku nak siasat.benda apa yang panjang2 selalu kluar masuk kat lubang tue . dah la dok kluar masuk.pastu muntah lak kat kita.panas lak tue takde adab tol.

Lawak 18sx: Malam Minggu

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu, berdua-duaan di dalam bilik wanita tu.kira malam minggu tu milik dia oranglah.

 Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder. Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya;

Darling! ada mancis tak?.

Ada kat dalam laci sebelah katil tu, jawab si wanita tu.

Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya;

Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker?

Lawak bodoh: Berlambak

Cerita ini bermula setelah 3 orang yang selamat dari kapal terbang terhempas dilautan. Mereka bertiga selamat setelah berenang kesebuah pulau dan diselamatkan oleh sebuah helicopter persendirian yang melintas di pulau tersebut.

Ketiga2 mereka terdiri dari rakyat Amerika 1 Malaysia 1 dan indon 1. Semasa dalam penerbangan itu terlihatlah oleh orang Amerika buah apple lalu dikunyahnya sekali terus dibuang gigit sekali terus buang kat luar kononnya nak menunjuk-nunjuk.

Bila ditanya apasal gigit sekali terus buang ngan selamba dia jawab kat negeri dia berlambak-lambak.. pastu orang indo ni Nampak rokok kretek lalu dihisap nya sekali sedut..terus buang ..diambil lagi sebatang hisap sekali sedut terus dibuang keluar sambil berkata

"loeh ...NGAK apa kat negeri gue banyak benda ni.."

dan habis je dia bercakap dengan tak semene-mena orang Malaysia ni terus tolak dia keluar. terkejutlah orang amerika tu !!!!

kenape kamu tolak dia ???

“Don`t worry sir” kat negera saya bersepah lagi diorang tu”

4 Feb 2012

Lawak makan: alasan kenapa daging KFC tak pernah kehabisan stok

Inilah antara alasan yang selalu kita dengar kenapa daging KFC tak pernah kehabisan stok

Lawak bodoh: Posisi seks

Seorang makcik tua 95 tahun bertanya pada doktor sakit puan.

 Makcik: “Doktor, seusia saya begini posisi apa yang paling mudah untuk posisi seks ya?”

Doktor: “Paling sesuai ialah gaya anjing”

Makcik: “Anjing? Dengan menonggeng ke?”

Doktor: “Bukan…!! Dihidu-hidu saja”

Lawak 18sx: burung botak

Ada seekor burung, dia amat disayangi oleh tuannya kerana dia sangat pandai bercakap.

Pada suatu hari, tuannya telah mengadakan satu party harijadi untuk anaknya dan kerana berasa terlalu gembira, beliau telah menempah kek coklat 3 tingkat dan membenarkan burungnya terbang bebas semasa party itu berlangsung.

Oleh kerana terlalu gembira, burung itu telah terbang dan menyapa semua tetamu yang hadir sambil berkata 'happy birthday'. Ketika asyik terbang, burung itu sakit perut lantas telah terberak di atas kek harijadi anak tuannya.

Apa lagi, mengamuklah si tuan burung. dengan bengangnya, tuan burung itu telah mencabut bulu burung itu sambil menyumpah-nyumpah. Burung yang telah botak itu dimasukkan kembali ke dalam sangkar dan telah bertenggek dengan monyoknye.

Namun, dalam kesedihannya, dia masih mengucapkan 'happy birthday' kepada tetamu yang melintasi sangkarnya. Tiba-tiba, ada la sorang mamat botak yang gagah perkasa dan bermuka garang telah duduk bersandar di sebelah sangkarnya. burung itu merasa berbunga-bunga dan ingin berborak dengan mamat tersebut.

Lawak pekerja: syarat untuk menjadi Eksekutif syarikat

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata “Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi.

” Kamu pula ? “ tanyanya kepada calon kedua.

3 Feb 2012

Lawak pelajar: soalan cepumas Ustazah

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa.

Ustazah pun tanya soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

 Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit
"MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit

2 Feb 2012

Lawak bengang: Ajis... oh Ajis...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

1 Feb 2012

Lawak 18sx: Lembu jantan mengawan

Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

 Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

 LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS. 

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :

'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

 Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :

''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS"

 Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :

 'WOW Itu dah lebih dari dua kali seminggu.Abang boleh belajar banyak dari dia .'

31 Jan 2012

Lawak antarabangsa: rasuah di Indonesia

Tersebutlah kisah di depan pintu gerbang sebuah syurga, ramai manusia yang sedang menunggu untuk diadili oleh tuhan. Sambil menunggu, salah seorang pemuda Indonesia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke depan pintu gerbang syurga itu pun mengambil peluang untuk meninjau kawasan sekitar bersama beberapa orang rakan barunya.

Sampai di hujung tembok mata mereka terpaku oleh himpunan ratusan jam dinding besar yang digantung di tembok syurga, dengan setiap satunya ditandai bendera negara yang ada di dunia. Semua terpaku, kehairanan kerana setiap satu daripada jam besar tersebut berputar mengikut kelajuan yang berbeza.

Melihatkan keganjilan pada putaran jam itu, salah seorang daripada mereka pun lantas bertanya kepada malaikat yang berada di tepi, Orang Filipina: “malaikat, kenapa putaran jam yang ada di sini berbeza-beza?” 

Malaikat: “Oh… sebenarnya kecepatan putaran itu adalah berdasarkan jumlah rasuah di negara anda. Semakin cepat ianya berputar, maka semakin besarlah tingkat rasuah di dalam negara anda”

 Orang Filipina: “oo gitu… (sambil berbisik-bisik kepada yang lain) Sah… memang benar kata orang, si estrada tu kaki rasuah. Tu jam di atas jadi bukti…”

Lawak Pak Pandir: lawak Pak Pandir: sebelum makan, baca doa dulu

Di suatu malam yang hening… Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka.

Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

”Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.

 Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali.

Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang. Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”.

“Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!"

 Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…

Lawak keluarga: suami yang pengecut

Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

 Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?” Amat:

“Ya betul…” Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”

 Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”

 Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”

 Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”

 Pian: “@#$!%^&%”

30 Jan 2012

Lawak keluarga: Nenek tua yang pelupa

Seorang nenek tua yang rugged berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.

Pada suatu hari rakan-rakannya pun datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek yang bernama Nek Tijah itu berkata “Nanti dulu”.

 Selang beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi sama seperti jawapan tadi, Nek Tijah itu tetap berkata “Nanti dulu”.

 Kerana bosan menunggu akhirnya mereka bertanya “bila kami boleh melihat bayi engkau ni Tijah..?”

 “Bila dia menangis” jawab Nek Tijah.

Mendengar jawapan Nek Tijah, kawan-kawannya pun menyoal ia kembali “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?”

 Selambe dia jawab “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Lawak bengang: dilarang ketawa

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga-tiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dengan sepenuh hati supaya dibebaskan.

 Oleh kerana mereka merayu dengan bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.

 ”Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.

 Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan yang dimaksudkan dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya,

” Sumbatkan buah tersebut ke dalam bontotnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan ke dalam punggung lelaki malang tersebut.

29 Jan 2012

Lawak bengang: Rasa nak muntah

Di dalam sebuah bas yang bergerak 20 KM sejam, duduk seorang pemuda dan seorang nenek.

Si nenek sambil mengerutkan kening sedang asyik memicit-micit kepalanya.

 “Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

 “Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

 “Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

 Pemuda itu terkejut tapi sebentar kemudian tersenyum manis, “Boleh nek, tapi kenapa?”

 Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat nak.”

Lawak bengang: Memadam api menggunakan pemadam api sama seperti bom tangan

Beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dengan begitu berminat sekali.

 “Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan” pegawai itu menerangkan.

“kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan buihnya” terang pegawai itu lebih lanjut.

 Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk membuat demonstrasi cara mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

 Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya,

“Ingat!, seperti bom tangan”.

Lawak bengang: Rizal yang insaf

Kerana sudah bosan bergelumang dengan dosa dan berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.

Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu. Tiba-tiba, seorang pakcik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikan dua keping duit kertas yang berjumlah RM200 kepada Rizal.

Rizal tersenyum, dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pakcik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pakcik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu “Encik”, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi”.

28 Jan 2012

Lawak peniaga: lawak Pak Ahmad

Pak Ahmad merupakan pemilik sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota. Dipendekkan cerita perniagaannya selama ini memang laris dan tip-top sehinggalah sebuah pasar raya baru dibuka bersebelahan kedai barunya.

Malahan pengunjung lebih tertarik dengan pasar raya baru yang baru dibuka itu dan berpusu-pusu masuk ke dalamnya berikutan kewujudan papan tanda besar di hadapan pasar raya tersebut yang berbunyi

“HARGA JIMAT SEPANJANG MASA”

Dua hari kemudian, sebuah lagi kedai serbaneka dibuka berhampiran pusat membeli-belah Pak Ahmad. Kali ini di sebelah kanannya pula. Dengan papan tanda besar “MACAM-MACAM ADA”, sekali lagi pembeli berpusu-pusu membeli di kedai baru tersebut.

“Sudah… Kalau diteruskan begini, boleh jatuh miskin aku. Ini tak boleh jadi!” kata Pak Ahmad dalam hati.

Lalu beliau mula memikirkan cara untuk menarik perhatian pengunjung kedua-dua pesaingnya itu. 5 jam kemudian dia tersenyum sendiri kerana berjaya mencari jalan penyelesaiannya.

Besoknya, awal-awal pagi lagi Pak Ahmad menaikkan papan tanda besar di hadapan kedainya, papan tanda itu berbunyi “PINTU MASUK KEDUA-DUA KEDAI DISINI”

Lawak keluarga: panggilan sayang untuk isteri

Pada suatu hari Kamal diundang oleh kawannya Mizal untuk makan malam di rumahnya. Beliau amat ‘terkesima’ setiap kali Mizal memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang… Manis… Cintaku… Sayangku…Kasihku… dan seumpamanya.

Tidak tahan mendengarnya, Kamal lalu memujinya dan berkata, “Romantis sekali kamu berdua, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata sayang itu.”

Mizal mengangkat bahu dan seraya berbisik, “shuh… sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu.”


Lawak kota: pengalaman menyeberang jalan

Seorang lelaki tua berjalan kaki menuju ke pasar. Untuk menjimatkan masa perjalanan, lelaki tua tersebut tidak menggunakan jejambat khas untuk pejalan kaki seperti biasa, sebaliknya beliau berjalan terus di atas jalan raya yang sedang sibuk.

Sewaktu hendak menyeberangi jalan raya, tiba-tiba sebuah teksi yang bergerak dengan laju hampir melanggarnya. Apa lagi mengamuklah si pemandu teksi di dalam kereta tu sambil berteriak kearahnya.

“Banyak cantik muka pakcik! Kalau mahu melintas jalan, pakailah mata. Kalau tak mahu pakai, buang. Nasib baiklah aku sudah berpengalaman 10 tahun memandu, kalau tak confirm jadi arwah!”

Pakcik tua yang tersinggung itu pun tidak mahu mengalah dan dengan pantas menjawab bebelan pemandu teksi.

Lawak bengang: harta pusaka nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang semula ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek harap kamu boleh menyambung mengusahakan kebun nenek yang semakin maju itu…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi dalam kebun itu, ternakan, villa, traktor dan juga tanah adalah untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa untuk menyiram tiap-tiap hari tanaman nenek. Itulah satu-satunya harta peninggalan nenek”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi di mana kebun nenek? Kenapa selama ini Rahmat tidak pernah tahu?”

Lawak 18sx: cerita pemandu teksi yang miang

Seorang pemandu teksi yang sedang membawa kenderaannya untuk mencari penumpang terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas jambatan.

Melihatkan gadis tersebut, maka ia pun menghentikan teksinya dan turun bertanya : “Cik, apa yg sedang kamu lakukan ?”

Jawab si Gadis :”saya ingin membunuh diri”

Mendengarkan jawapan daripada gadis tersebut, si pemandu teksi pun terfikir untuk mengambil kesempatan keatasnya seraya berkata :”kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yg terakhir sebagai kenang-kenangan”

Si gadis lalu menciumnya dengan penuh kesyahduan. Setelah ciuman berakhir, si pemandu teksi dengan wajah berseri-seri berkata: “sayangnya!!… mengapa kamu ingin membunuh diri? Mukamu sangat cantik dan ciumanmu pula begitu panas dan mengghairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gilakan dengan ciumanmu ini”

Lawak budak: budak kecil pun dah tahu pasal seks

Kalau nak tahu, 20 tahun dulu budak-budak kampung tak pandai main cinta-cinta. Nak berkawan dengan kawan sesama jenis pun tak berani. Tapi sekarang nie lain pula ceritanya. Budak tadika pun dah tahu macam mana main masak-masak. Siap ada ibu dan ayah.
Dan yang terbaru, tengoklah aksi kanak-kanak romeo zaman millenium nie…

Lawak materiel: solusi terakhir untuk mengelakkan selipar dan basikal anda dicuri

Basikal dan selipar anda selalu menjadi mangsa kecurian? Ingin mengetahui solusi terakhir yang menjamin keselamatan kedua-dua barang berharga tersebut? Apa kata anda ikuti tips dan petua di bawah.

Kami jamin selipar dan basikal anda tidak akan hilang lagi selepas ini!! 100%

Lawak kampus: hampir menjadi mangsa rogol

Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
Kawan Mangsa: ” ishh ngerinya…”
… …
Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”

Kawan Mangsa: “saspen nih”

Lawak pelajar: itu bukan alasannya

Pada suatu hari, dengan wajah merah padam, Puan Lenny menyerbu masuk ke pejabat Guru Besar sekolah anaknya.
“Saya ingin tahu” kata Puan Lenny sambil mengetap giginya yang sedikit kekuningan, “Mengapa anak saya Susie, mendapat markah 0 untuk ujian Bahasa Melayunya?!”

“Bertenang dulu puan, tenang” kata Guru Besar. “Biar kita tanya terlebih dahulu cikgu yang mengajarnya. Dia tentu mempunyai alasan untuk itu.”

Beberapa minit kemudian datanglah cikgu Bahasa Melayu yang mengajar anaknya.
Dengan pantas Puan Lenny bertanya kepada cikgu BM tersebut “Cikgu, apasal anak saya mendapat markah 0 untuk ujian BM?” sambil menunjukkan kedua-dua penumbuknya.

Lawak tenat: Begini caranya memasukkan data ke dalam otak


Okey guys, begini caranya untuk upload semua data ke dalam kepala hotak secara terus. Dipercayai dengan menggunakan cara ini, data tak akan terbuang ke tempat lain lagi.