Showing posts with label lawak bangang. Show all posts
Showing posts with label lawak bangang. Show all posts

17 Feb 2012

Lawak budak: tinggal dalam kotak

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

 "Atok buat apa tu?"

 "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya.

 Cucunya bertanya lagi,

 "Kenapa bangang sangat kawan atok tu, takde ke tempat duduk lain selain daripada tong merah tu?"

8 Feb 2012

Lawak bengang: awek pemilih

Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Mamat terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur awek tu.

Awek tu pun menyahut,

"Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW."

Punyalah bengang Mamat tu. Mulai hari tu Mamat pun belajar rajin2 sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW. Pada suatu hari Mamat terjumpa balik awek yang hina dia tu.

Mamat : Hai, kenal I lagi?

Awek cun : Tak ingat lah.

Mamat : Alla, dulu I ngorat u tapi u sombong. U dah kawin ke.

Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)

Mamat : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?

Awek cun : Apa nak buat, yg ngorat I semua pakai motor buruk, I kebas je le mana yang ada.

Mamat : Padan muka. Hehehe

Lawak bodoh: kisah pesakit kronik

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian,seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah,dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.

Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:

"United Kingdom..."

 Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:

7 Feb 2012

Lawak antarabangsa: askar negara mana yang berani

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing-masing jeneral memerintahkan salah seorang Askarnya untuk mengikuti arahannya.

 Jeneral Jepun : Askar maju sini

Askar Jepun : Siap Jeneral

Jeneral Jepun : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu

Askar Jepun : Siap Jeneral

 Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga mengatakan,

 Jeneral Jepun : Lihat Askar saya sangat berani dan bersiap sedia untuk mati.

Lawak bangang: wasiat

Abu Jahal adalah seorang yang sangat kaya, beliau mempunyai perusahaan yang sangat besar. Tapi malangnya beliau tak begitu fasih Bahasa Inggeris kerana PPSMI telah dibatalkan.

Pada satu hari beliau berasa tak sedap badan. Terasa macam ada satu perkara buruk akan berlaku padanya. Maka, beliau pergilah berjumpa dengan seorang tukang tilik bernama Abu Lahab.

Abu lahab pun menilik tangan Abu Jahal, kalau mengikut tapak tangan kiri tuan, tuan boleh hidup lebih kurang 20 tahun lagi, tetapi kalau ikut tapak tangan kanan tuan, tuan cuma boleh hidup dalam seminggu sahaja lagi.

Pelik juga, macam boleh jadi macam tu? Tanya Abu Jahal.

Tuan ni kidal ke? Biasanya orang kidal memang macam ni..jawab AbuLahab.