Showing posts with label lawak bengang. Show all posts
Showing posts with label lawak bengang. Show all posts

8 Feb 2012

Lawak bengang: awek pemilih

Pada suatu hari sedang berjalan-jalan di pekan, Mamat terjumpa seorang awek yang cun. Dia pun tegur awek tu.

Awek tu pun menyahut,

"Elle, setakat pakai motor buruk tak main lah. Orang nak cari yang ada BMW."

Punyalah bengang Mamat tu. Mulai hari tu Mamat pun belajar rajin2 sehingga berjaya jadi engineer dan memakai BMW. Pada suatu hari Mamat terjumpa balik awek yang hina dia tu.

Mamat : Hai, kenal I lagi?

Awek cun : Tak ingat lah.

Mamat : Alla, dulu I ngorat u tapi u sombong. U dah kawin ke.

Awek cun : Dah (sambil menunjukkan suaminya yang sedang menunggang modenas tahun 1997)

Mamat : Aik, kata tak suka yang pakai motor buruk?

Awek cun : Apa nak buat, yg ngorat I semua pakai motor buruk, I kebas je le mana yang ada.

Mamat : Padan muka. Hehehe

7 Feb 2012

Lawak bangang: wasiat

Abu Jahal adalah seorang yang sangat kaya, beliau mempunyai perusahaan yang sangat besar. Tapi malangnya beliau tak begitu fasih Bahasa Inggeris kerana PPSMI telah dibatalkan.

Pada satu hari beliau berasa tak sedap badan. Terasa macam ada satu perkara buruk akan berlaku padanya. Maka, beliau pergilah berjumpa dengan seorang tukang tilik bernama Abu Lahab.

Abu lahab pun menilik tangan Abu Jahal, kalau mengikut tapak tangan kiri tuan, tuan boleh hidup lebih kurang 20 tahun lagi, tetapi kalau ikut tapak tangan kanan tuan, tuan cuma boleh hidup dalam seminggu sahaja lagi.

Pelik juga, macam boleh jadi macam tu? Tanya Abu Jahal.

Tuan ni kidal ke? Biasanya orang kidal memang macam ni..jawab AbuLahab.

6 Feb 2012

Lawak bengang: pencuri dan polis

Suatu hari, disebuah penjara, telah diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalahan mencuri dan menyeluk saku.

Ketika waktu rehat, pihak polis telah mendahului dengan 3-0. Jurulatih pasukan banduan telah marah-marah..

Jurulatih : Bodoh, takkan lawan pihak polis pun x boleh?! Takkan kamu semua cuma tahu mencuri dan menyeluk saku saja?

Pemain : Kalau macam tu, lepas ni kita semua akan main secara kasar. Janji kita boleh hasilkan gol dan menang.

Jurulatih : Mana boleh main macam tu?

Pemain : Tak apa. saya jamin, pengadil takkan bagi kita kad kuning atau kad merah

Jurulatih : kenapa pula?

Pemain : Kerana, aku baru sahaja mencuri kesemua kad kepunyaan pengadil termasuk wiselnya sekali.

5 Feb 2012

Lawak bengang: hasil kajian seorang Proffesor

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut

"LOMPAT!"

kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut

"LOMPAT!"

Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut

"LOMPAT!"

Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran.

Lawak 18sx: Penyiasat

Tiga orang anak kembar yang masih berada di dalam perut ibu mereka berasa boring dan memulakan perbualan sesama mereka.

 anak 1: korang berdua bila besar nanti nak jadi apa.

 anak 2 : aku bila besar nanti nak jadi pegawai tnb. sebab nanti boleh aku pasang lampu dalam perut ibu kita, gelap sangat laaaa. apa pun tak nampak.

 anak 3 : aku lak nak jadi pegawai PBA (perbadanan bekalan air) supaya nanti leh aku buat paip salurkan air yang banyak kat sini kluar.sian ibu kita.banyak air dalam perut.

 anak 2 : yang ko tue tanya kita. ko tue lak nak jadi apa

 anak 1: aku nak jadi penyiasat. aku nak siasat.benda apa yang panjang2 selalu kluar masuk kat lubang tue . dah la dok kluar masuk.pastu muntah lak kat kita.panas lak tue takde adab tol.

2 Feb 2012

Lawak bengang: Ajis... oh Ajis...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

29 Jan 2012

Lawak bengang: Rasa nak muntah

Di dalam sebuah bas yang bergerak 20 KM sejam, duduk seorang pemuda dan seorang nenek.

Si nenek sambil mengerutkan kening sedang asyik memicit-micit kepalanya.

 “Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

 “Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

 “Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

 Pemuda itu terkejut tapi sebentar kemudian tersenyum manis, “Boleh nek, tapi kenapa?”

 Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat nak.”

Lawak bengang: Memadam api menggunakan pemadam api sama seperti bom tangan

Beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dengan begitu berminat sekali.

 “Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan” pegawai itu menerangkan.

“kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan buihnya” terang pegawai itu lebih lanjut.

 Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk membuat demonstrasi cara mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

 Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya,

“Ingat!, seperti bom tangan”.

Lawak bengang: Rizal yang insaf

Kerana sudah bosan bergelumang dengan dosa dan berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.

Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu. Tiba-tiba, seorang pakcik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikan dua keping duit kertas yang berjumlah RM200 kepada Rizal.

Rizal tersenyum, dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pakcik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pakcik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu “Encik”, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi”.

28 Jan 2012

Lawak bengang: harta pusaka nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang semula ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek harap kamu boleh menyambung mengusahakan kebun nenek yang semakin maju itu…”

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : “Segala isi dalam kebun itu, ternakan, villa, traktor dan juga tanah adalah untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa untuk menyiram tiap-tiap hari tanaman nenek. Itulah satu-satunya harta peninggalan nenek”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi di mana kebun nenek? Kenapa selama ini Rahmat tidak pernah tahu?”