6 Feb 2012

Lawak bengang: pencuri dan polis

Suatu hari, disebuah penjara, telah diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalahan mencuri dan menyeluk saku.

Ketika waktu rehat, pihak polis telah mendahului dengan 3-0. Jurulatih pasukan banduan telah marah-marah..

Jurulatih : Bodoh, takkan lawan pihak polis pun x boleh?! Takkan kamu semua cuma tahu mencuri dan menyeluk saku saja?

Pemain : Kalau macam tu, lepas ni kita semua akan main secara kasar. Janji kita boleh hasilkan gol dan menang.

Jurulatih : Mana boleh main macam tu?

Pemain : Tak apa. saya jamin, pengadil takkan bagi kita kad kuning atau kad merah

Jurulatih : kenapa pula?

Pemain : Kerana, aku baru sahaja mencuri kesemua kad kepunyaan pengadil termasuk wiselnya sekali.

Lawak kampus: hadiah harijadi

Mamat mempunyai seorang room mate yang paling beliau benci. Kerana teramat benci, pada tahun lepas beliau menghadiahkan sebiji batu nisan yang tertera namanya kepada room mate nya itu.

Pada tahun ini pula,Mamat tidak memberikan apa-apa hadiah kepada room mate nya itu lagi. Si room mate tanpa segan silu bertanya.

"Mat, tahun ni mane hadiah aku? Ko tak bagi lagi kan?"

Selamber je room mate nya itu meminta hadiah darinya.

Dengan muke selamber jugak, si mamat menjawab.

"Aku malas nak bagi, hadiah tahun lepas yang aku bagi pun ko belum gune kan?"