7 Feb 2012

Lawak 18sx: budak dalam seluar ni, tak boleh

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

 “Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”.

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok tersebut, tiba-tiba wanita itu berkata,

“Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”.

 Lelaki itu pun dengan tersipu2 membuang puntung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu.

Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula?

Lawak antarabangsa: askar negara mana yang berani

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing-masing jeneral memerintahkan salah seorang Askarnya untuk mengikuti arahannya.

 Jeneral Jepun : Askar maju sini

Askar Jepun : Siap Jeneral

Jeneral Jepun : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu

Askar Jepun : Siap Jeneral

 Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga mengatakan,

 Jeneral Jepun : Lihat Askar saya sangat berani dan bersiap sedia untuk mati.

Lawak bangang: wasiat

Abu Jahal adalah seorang yang sangat kaya, beliau mempunyai perusahaan yang sangat besar. Tapi malangnya beliau tak begitu fasih Bahasa Inggeris kerana PPSMI telah dibatalkan.

Pada satu hari beliau berasa tak sedap badan. Terasa macam ada satu perkara buruk akan berlaku padanya. Maka, beliau pergilah berjumpa dengan seorang tukang tilik bernama Abu Lahab.

Abu lahab pun menilik tangan Abu Jahal, kalau mengikut tapak tangan kiri tuan, tuan boleh hidup lebih kurang 20 tahun lagi, tetapi kalau ikut tapak tangan kanan tuan, tuan cuma boleh hidup dalam seminggu sahaja lagi.

Pelik juga, macam boleh jadi macam tu? Tanya Abu Jahal.

Tuan ni kidal ke? Biasanya orang kidal memang macam ni..jawab AbuLahab.