25 Feb 2012

Lawak pekerja: makan oren

Parman dan Sutijah merupakan pekerja kontrak dari Indonesia. Kedua-duanya jatuh cinta setelah bersama-sama bekerja dalam satu projek pembinaan disekitar KL.

Para pekerja kontrak telah disediakan dengan rumah kongsi yang kurang selesa kerana walaupun ada pekerja yang dah kahwin namun terpaksa tinggal dengan pekerja yang masih bujang. Akhirnya Parman dan Sutijah pun berkahwin.

Namun depa berdua ni masih tinggal di rumah kongsi walaupun dah berkahwin bersama-sama dengan pekerja yang masih bujang. Bak kata orang putih takde 'privacy' langsung. Ada juga beberapa pasangan pekerja yang dah kahwin di situ.

Depa berdua ni terpaksa la tidur di atas pangkin. Di bawah pangkin depa tuh ada satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Memang tader 'privacy' langsunglah lebih-lebih lagi depa nih baru berkahwin. Cuba korang semua bayangkan camana tuh.

Memang masalah bosar betul. Nak cakap pun tak boleh kuat-kuat. Lepas tu nak gerak gerak pun tak boleh lasak sangat. Ya la, dah la duduk atas pangkin. Kalau gerak lebih-lebih kang berbunyi la pulak pangkin antik tuh. Memang jelas la kedengaran pangkin tuh kalau depa bergerak gerak.