31 Jan 2012

Lawak antarabangsa: rasuah di Indonesia

Tersebutlah kisah di depan pintu gerbang sebuah syurga, ramai manusia yang sedang menunggu untuk diadili oleh tuhan. Sambil menunggu, salah seorang pemuda Indonesia yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke depan pintu gerbang syurga itu pun mengambil peluang untuk meninjau kawasan sekitar bersama beberapa orang rakan barunya.

Sampai di hujung tembok mata mereka terpaku oleh himpunan ratusan jam dinding besar yang digantung di tembok syurga, dengan setiap satunya ditandai bendera negara yang ada di dunia. Semua terpaku, kehairanan kerana setiap satu daripada jam besar tersebut berputar mengikut kelajuan yang berbeza.

Melihatkan keganjilan pada putaran jam itu, salah seorang daripada mereka pun lantas bertanya kepada malaikat yang berada di tepi, Orang Filipina: “malaikat, kenapa putaran jam yang ada di sini berbeza-beza?” 

Malaikat: “Oh… sebenarnya kecepatan putaran itu adalah berdasarkan jumlah rasuah di negara anda. Semakin cepat ianya berputar, maka semakin besarlah tingkat rasuah di dalam negara anda”

 Orang Filipina: “oo gitu… (sambil berbisik-bisik kepada yang lain) Sah… memang benar kata orang, si estrada tu kaki rasuah. Tu jam di atas jadi bukti…”


 Orang Thailand: “Wah sialan betul! Ternyata somchai wongsawat juga sebenarnya penyangak sama seperti thaksin! Sebab itu negara kami miskin dan hidup melarat!!”

 Orang Singapore: “hahahaha… you see, jam negara gua moving slowly berbanding lu olang puna… terbukti mah, negara gua bersih dalipada liba… hahaa, gua manyak suka ini baling…”

 Orang Indonesia: (melihat sekeliling dan tidak menemukan langsung jam yang mempunyai bendera negaranya) Lalu dia pun bertanya, ”malaikat, kok jam negara saya nggak ada di sini?? Saya nggak melihat jam negara saya digantung, bagaimana itu bisa berlaku?…”

 Malaikat: ”maaf, anda berasal dari negara mana?”

 Orang indonesia: “Indonesia…”

 Malaikat: ”sebelumnya saya minta maaf atas ketidaksopanan ini. Coba lihat ke sana… jam negara anda kami pakai sebagai kipas angin… laju banget!! :=)

No comments:

Post a Comment