10 Feb 2012

Lawak kampus:

Hari pertama mendaftarkan diri di sebuah kolej, Dekan dengan tegasnya menyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Daripada peraturan semasa belajar sehinggalah sampai kepada peraturan tentang asrama. Kata beliau

"Asrama Putri adalah kawasan larangan buat mahasiswa, dan Asrama Putra adalah kawasan larangan untuk mahasiswi. Barang sesiapa yang didapati melanggarnya akan dikenakan denda RM.50.00, Bagi yang ditangkap kerana kesalahan sama sebanyak dua kali, dendanya RM100.00 -. Kalau kali yang tiga, didenda RM180.00,-. Faham! Ada apa-apa pertanyaan?" tegasnya.

"Ada Tuan" salah seorang mahasiswa lelaki berkata sambil mengangkat tangan kidalnya,

"Berapa yang saya mesti bayar, untuk tinggal di Asrama Putri selama satu semester?"

No comments:

Post a Comment