Showing posts with label lawak pak pandir. Show all posts
Showing posts with label lawak pak pandir. Show all posts

10 Feb 2012

Lawak Pak Pandir: makan di McD

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa..

Maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an di tepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.

 Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir: Bagi Big Mac satu...

Ahmad: Air...Bagi air coke yer...

Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...

31 Jan 2012

Lawak Pak Pandir: lawak Pak Pandir: sebelum makan, baca doa dulu

Di suatu malam yang hening… Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka.

Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

”Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang….” kata ustaz itu.

 Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali.

Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang. Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, “Awak makan apa sampai jadi camni?”.

“Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahahaha!!!!!"

 Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…