28 Jan 2012

Lawak kota: pengalaman menyeberang jalan

Seorang lelaki tua berjalan kaki menuju ke pasar. Untuk menjimatkan masa perjalanan, lelaki tua tersebut tidak menggunakan jejambat khas untuk pejalan kaki seperti biasa, sebaliknya beliau berjalan terus di atas jalan raya yang sedang sibuk.

Sewaktu hendak menyeberangi jalan raya, tiba-tiba sebuah teksi yang bergerak dengan laju hampir melanggarnya. Apa lagi mengamuklah si pemandu teksi di dalam kereta tu sambil berteriak kearahnya.

“Banyak cantik muka pakcik! Kalau mahu melintas jalan, pakailah mata. Kalau tak mahu pakai, buang. Nasib baiklah aku sudah berpengalaman 10 tahun memandu, kalau tak confirm jadi arwah!”

Pakcik tua yang tersinggung itu pun tidak mahu mengalah dan dengan pantas menjawab bebelan pemandu teksi.


“Eh.. lu banyak bunyilah bro, baru 10 tahun pegang keta dah sombong. Gua yang sudah lebih 25 tahun pengalaman melintas jalan masih tak sombong-sombong pun!!”

No comments:

Post a Comment