18 Feb 2012

Lawak binatang:

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing.

Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya.

Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah.


17 Feb 2012

Lawak budak: tinggal dalam kotak

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

 "Atok buat apa tu?"

 "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya.

 Cucunya bertanya lagi,

 "Kenapa bangang sangat kawan atok tu, takde ke tempat duduk lain selain daripada tong merah tu?"

11 Feb 2012

Lawak kampus: kaki siapa?

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah.

Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa memutuskan untuk keluar dari dewan Ujian, dia menghempas daun pintu dengan kuat.

Dummmm!!!!

Melihat keadaan itu, pensyarah di dalam dewan marah dengan berkata.

"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye? Siapa nama kau!!!"

 Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata:

"Nie kaki saya, Cuba encik teka!! siapa nama saya?"