28 Jan 2012

Lawak peniaga: lawak Pak Ahmad

Pak Ahmad merupakan pemilik sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota. Dipendekkan cerita perniagaannya selama ini memang laris dan tip-top sehinggalah sebuah pasar raya baru dibuka bersebelahan kedai barunya.

Malahan pengunjung lebih tertarik dengan pasar raya baru yang baru dibuka itu dan berpusu-pusu masuk ke dalamnya berikutan kewujudan papan tanda besar di hadapan pasar raya tersebut yang berbunyi

“HARGA JIMAT SEPANJANG MASA”

Dua hari kemudian, sebuah lagi kedai serbaneka dibuka berhampiran pusat membeli-belah Pak Ahmad. Kali ini di sebelah kanannya pula. Dengan papan tanda besar “MACAM-MACAM ADA”, sekali lagi pembeli berpusu-pusu membeli di kedai baru tersebut.

“Sudah… Kalau diteruskan begini, boleh jatuh miskin aku. Ini tak boleh jadi!” kata Pak Ahmad dalam hati.

Lalu beliau mula memikirkan cara untuk menarik perhatian pengunjung kedua-dua pesaingnya itu. 5 jam kemudian dia tersenyum sendiri kerana berjaya mencari jalan penyelesaiannya.

Besoknya, awal-awal pagi lagi Pak Ahmad menaikkan papan tanda besar di hadapan kedainya, papan tanda itu berbunyi “PINTU MASUK KEDUA-DUA KEDAI DISINI”

2 comments: